Sudah Bersedia !!!!!!!

Afnan rasa sudah bersedia. Rasa nak menjerit macam King Kong nagan Papaya cerita di TV3(dah habis dah cerita tu). Nak tahu besedia untuk apa, Afnan sudah bersedia untuk menjadi PENGAWAS 2009


Sebelum ni Afnan pernah la gak tolak untuk jadi pengawas, cikgu tanya berjuta-berjuta soalan, Afnan kelentong la sikit. Bukan apa, sebernanya masa tu Afnan hilang keyakinan walhal masa sekolah rendah dulu Afnan pernah jadi pengawas. Masa darjah lima Afnan jadi Penolong Ketua Pusat Sumber Hebat tau, masa tu Afnan terkenal gila.Darjah enam pula, Afnan ditukar jadi Pengawas sekolah tapi tak ada jawatan.

Yang hilang keyakinan bukan apa, cuma takut and scared bila masuk sekolah menengah. Bayangkan la, Afnan baru form 2 (tahun depan baru jadi pengawas) mana nak layan seniour lain kat Afnan,diaorang DEGIL macam konkrit. Tapi yang form 1 munkin la dengar kalau kepala otak depa tu tak kena acuan konkrit lagi.

Nak tahu sebab dan macam mana Afnan bersemanagat, sebabnya Afnan ikut serta dalam KEM KECERMELAGAN PENGAWAS. Tujuannya untuk mempersediakan diri untuk menjadi pengawas la. Kami buat kem tu di satu tmpat yang femous di Baling ni, nak tahu dimana of course la kat Air Panas Ulu Leggong

Banyak la gak ceramah, motivasai, bimbingan kaunseling, aktiviti dan kaum kerabatnyalah.
Kami kat situ dibahagi kepada 8 kumpulan yang setiapnya ada 1 fasilitator yang merupakan pengawas di majlis tertinggi.

Fasilitator kumpulan Afnan iatu Kak Izzatiy dari kelas mana tak inggat la pulak. Geng dalam kumpulan tu ada 8, 4 laki 4 pompuan. Geng laki ada Fahim(form2) Faiz(form2), Anitf (form4) dan pompuan ada Izzah(form2) Fatin(tak inggat) Faradillah(form 4). Sebenarnya da lagi tapi diorang tak hadir, jadi tinggal la kami berlapan. Kumpulan kami kumpulan enam.

Yang menarik nya, setiap orang dalam kem ni disediakan satu spegeti supaya menjaganya hingga akhir kem ni. Bayangkan kena jaga spegeti? mudah patah, payah nak jaga jawabnya. Kat situ Afnan dpat lihat berbagai ragam manusia. Ada yang jaga dengan pelbagai cara termasuk meletakan titisan lilin pada spegeti tapi gagal. Kumpulan yang cerdik sikit, mereka kumpul kesemua spegeti dari setiap ahli kumpulan, kalu banyak spegeti tidak patah sebab ia kuat bertahan.

Afnan sebenarnya main kotor gakla, sebab sorang geng Afnan ni, malas nak cerita sapa dia cilok lapan spegeti dari fasilitator, tujuanya untuk simpanan jika patah. Fasilitator yang sedia kan spegeti semua ni.
Afnan baru dapat dah patah, silap peggang. Afnan minta satu dari budak cilok tu, dan Afnan jaga dengan rapi. Tapi, tuhan itu maha adil. Spegeti yang Afnan jaga tu membengkok dan patah sebab terkena air. Ia tejatuh masa Afnan tidur dan tekena air semalaman.

Ada banyak la Afnan nak cerita tapi tak larat nak tekan keyboard ni. Pendek cerita Afnan mendapat keyakinan apabila mendapat motivasai yang banyak disana. Salah satunya yang maih termain difikaran ni iaitu, JIKA TAKUT PADA MASALAH YANG AKAN DIHADAPI SEMASA MENJADI PENGAWAS BAGAI MANA NAK MENGATASI MASALAH APABILA BESAR NANTI KERANA MASA INI LAH MASA YANG AKAN MENGAJAR MENJADI KITA INDUVIDU YANG BERGUNA.
Cuba kita lihat, remaja yang banyak hisap dadah, rokok, hidu gam kerana mereka fikir ini lah satu-satu cara untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak pernah menghadapi masalah sebelum ini jadi, mereka tak ada pengalaman untuk menghadapinya.

Ok itu saja pembebelan yang panjang lebar dari Afnan. Bagi siapa yang akan jadi pengawas tahun depan, tahniah diucapkan dan yang lain jaga disiplin dan perangai.
Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal


keratan akhbar mengenai kem ini di Sinar Harian pada hari Isnin,10/11/08

BARU HABIS PERIKSA DA

Gila beno semasa periksa rasa nk meletup otak ngan hilang semangat. wowowo.... tapi Afnan tetap lakukan the best untuk exam ni. tambah pula ni final exam (faham-faham je la bagi yg faham). Ok memang gilo den nk jawab exam tu, TAPI dengan yakin gua jawab gak. Dah dekat setahun belajar tak kan satu pun tak leh jawab deh.

Apa-apa pun Afnan minta korang doa kan daku supaya peroleh kejayaan ye dan mendapat keputusan yang seperti mana yang diharapkan. Yang Afnan terkejut lagi suspen la, untuk tahun ini sekolah akan buat pertukaran kelas. Maksudnya yang Ok masuk kelas pertama yang tak Ok/Ko tu kelas kedua atau ketiga. Rupa-rupanya tahun sebelum ini tak pernah buat macam tu, tahun ini first sekolah buat macam tu.
Ok nak heran apa sebab Afnan masa sekolah rendah pernah rasa main tukar-tukar kelas. Tapi selalu kelas pertama dulu nama kelas tu INOVATIF hebat woooo...nama pun sedap kan

Memandangkan, menjelingkan, menyepakan, menempangkan Afnan baru habis periksa, Afnan nak ambil kesempatan ini untuk merehatkan badan. Tapi rehat-rehat juga Afnan tetap akan ulang kaji Ok bye..

BAHAYA TELEFON BIMBIT TEHADAP KANAK-KANAK

Penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya 12 tahun kebawah boleh mendedahkan mereka kepada tumor otak. Kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.
Kanak-kanak terdedah kepada riadasi telefon binbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana sistem saraf mereka sedang mengembang. Kepala kanak-kanak ini kecil dan tengorak mereka nipis berbanding orang dewasa, radiasi mudah menembus jauh ke dalam otak.Kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20 tahun, mempunyai risiko lima kali ganda membentuk sel-sel kanser dalam sistem saraf tujang.
Mereka yang menggunakan telefon bimbit pada usia muda lebih cenderung mendapat akustik yang akhirnya boleh menyebabkan pekak.
Kalau dah gatai sangat nak guna telefon bimbit, pakailah fungsi speaker yang ia berada 20 sentimeter dari kepala.

study!!!!!

cepat...buka buku, masa dah suntuk arh.....


macam itulah keadaan dekat-dekat nak periksa. Sape-sape yang dah prepare tu tak la kelamkabut semacam, ni nak fakous kat yang baru nak study. Aduh...macam-macam style yang study ada yang pagi petang tak makan baca buku aje, Afnan harap takde la yang macam tu sebab kita kena bersedia dari awal. Tambahkan pula sape-sape yang ambil periksa tahun ni macam UPSR , PMR , SPM , STPM dan kaum kerabat peperiksaan yang lain. Mereka ni tentu strees ape tak nya bukan kita aja yang nak berjaya, tetapi orang lain macam cikgu, mamber dan yang paling mengharap kaluarga. Kejayaan yang kita dapat bukan dirasa kita seorang je malah orang lain. Ok ape-ape you all jangan buang masa carilah kejayaan walau pun dimana jua.

Ingat ye.....ALAMAK terlupa minggu depan periksa ,Ok Afnan pi Study (jagn tiru aksi afnan ni baru nak study)