Penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya 12 tahun kebawah boleh mendedahkan mereka kepada tumor otak. Kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.
Kanak-kanak terdedah kepada riadasi telefon binbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana sistem saraf mereka sedang mengembang. Kepala kanak-kanak ini kecil dan tengorak mereka nipis berbanding orang dewasa, radiasi mudah menembus jauh ke dalam otak.Kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20 tahun, mempunyai risiko lima kali ganda membentuk sel-sel kanser dalam sistem saraf tujang.
Mereka yang menggunakan telefon bimbit pada usia muda lebih cenderung mendapat akustik yang akhirnya boleh menyebabkan pekak.
Kalau dah gatai sangat nak guna telefon bimbit, pakailah fungsi speaker yang ia berada 20 sentimeter dari kepala.

